Tahun 1955,Tanah Melayu(Malaysia) telah mengadakan pilihanraya umum yang pertama.Pada pilihanraya tersebut,Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO-MCA-MIC telah memenangi 51 kerusi daripad 52 kerusi yang dipertandingkan.Hasil daripada itu,sebuah kabinet kerajaan telah dibentuk dan Tunku Abdul Rahman telah menjadi ketua menteri yang pertama.
Pada tahun 1956,Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan ke London.Rundingan tersebut mengambil masa selama 3 minggu.Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.Setelah tiba di Tanah Melayu,Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir,Melaka.
Suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel(Suruhanjaya Reid) ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan.Suruhanjaya tersebut diketuai oleh Lord Reid.Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.
Bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad,Kuala Lumpur tepat jam 12 malam 30 Ogos 1957.
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu,Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan 'KEMERDEKAAN' di Stadium Merdeka.
Buat pertama kali bendera Malaysia dinaikkan pada 31 Ogos 1957.