• Welcome to my blog!

Tema Kemerdekaan Malaysia
Posted by H1P5 doodlez


Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 tahun ini telah mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertam kalinya ia diadakan di dalam ruang tertutup Stadium Putra di Bukit Jalil bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadan.Sambutan kali ini tetap menampilkan satu persembahan yang begitu unik dan kreatif dalam menyampaikan mesej 1Malaysia sebagai penjana transformasi.Keunikan amat terserlah dengan penggunaan imej, kad serta penataan cahaya yang boleh disifatkan sebagai amat mengagumkan terutama ketika memberi mesej mengenai dasar-dasar terbaru kerajaan seperti Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta Pelan Transformasi Kerajaan. Secara umumnya terdapat lapan segmen persembahan iaitu Gagasan 1Malaysia; Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10); NKRA; kreatif dan inovatif; Model Baru Ekonomi (MBE); kejayaan negara; kepantasan bertindak dan nyanyian lagu-lagu patriotik.





LAGU 1MALAYSIA


Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua


Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha





Photo

Friday, August 27, 2010




0 comments: